siapa yang mengetahui isi hati seseorang?
siapa yang dapat menyelami seberapa dalamnya hati seseorang?
bila kita melihat seseorang tersenyum,apakah dia benar-benar bahagia?
bila seseorang menangis adakah itu bererti dia sedang bersedih?
adakah kenyataannya seperti yang kita lihat?
HATI,tidak ada seorang pun yang mampu meneka dengan pasti sedalam mana hati kita sendiri,kadangkala kita tidak dapat memahami apa yang ada di dalam hati.
Apa yang di lihat di luar belum tentu itu mencerminkan apa yang ada di dalam hati.Bukan bererti perlu hipokrit tetapi kadang-kadang orang lain tidak perlu tahu apa yang sebenarnya kita rasakan saat itu.
Apabila kita bahagia,tidak perlu kita memperlihatkan kebahagian itu secara berlebihan kepada orang lain.Ketika kita bersedih,tidak perlu juga mereka mengetahui seberapa sakit yang menimpa kita hingga membuat kita bersedih.
Begitu juga ketika hati kita merasa jengkel,jangan sampai orang lain terkena getahnya.cukuplah kita sendiri yang mengetahui dan Allah lah tempat kita menumpahkan segala rasa yang ada si hati,hanya Allah tempat kita mengadu,tempat kita berserah diri.
waktu ini,disuatu tempat ada hati yang bgitu bahagia,seolah-olah ia ingin tersenyum setiap saat.
YA,di sana ada hati yang berbunga-bunga kerana akan memiliki apa yang dia harapkan selama ini.
TETAPI,sebaliknya disini ada hati yang terluka kerananya,sedih kerana kebahagiaan yang dirasakan nya.
Tahukah dia bahawa ada hati yang sakit di saat dia merasakan kebahagian yang sempurna?
Tahukah dia bahawa ada seseorang ingin menangis ketika dia tersenyum dan tertawa?
Senyum kita masih ada, tawa kita
kadang masih terlihat dan gurauan itu juga masih kita berikan kepada setiap
orang di dekat kita, tidak ada yang tahu bahawa disebalik apa yang mereka lihat
dari mimik wajah & tingkah laku kita sebenarnya kita sedang terluka.
Kita ingin menangis saat itu, tetapi
tidak ada yang tahu tentang itu.
Hanya Allah dan kita sahaja yang
mengetahui dalam hati, hanya Allah tempat kita mengembalikan semua rasa di
dalam hati, hanya Allah pengubat sakit dan lara ini.
Hanya dengan mengingat Allahlah
kita berusaha menenangkan hati ini ketika kebahagiaan seseorang merenggut
kebahagian kita, ketika tidak ada seorangpun yang memahami perasaan dalam hati
kita.
Kuatkanlah aku menghadapi setiap ujian
yang Engkau berikan, ikhlaskanlah hati aku untuk
menerima setiap takdir yang Engkau tuliskan kepada aku.
Hanya Engkau Ya Rabb yang mengetahui
dengan benar dalamnya hati aku maka aku memohon tuntunlah diri ini untuk tetap
berada dalam kebenaranMu Amin Allahumma Amin




