-->
skip to main | skip to sidebar
ourlovestory(ayuunaim).blogspot



LCD Text Generator at TextSpace.net
Daisypath Anniversary tickers


I will never ask you to buy me an expensive gifts or take me to expensive places. I won’t ask for diamonds, rubies or a promise to bring me a world of luxuries. I just wants your love, care and attention. I wants you to spend a lot of quality time with me and appreciate me for all that I do for you out of love and affection.
My photo
ayuu _ naim
masa silam mengajar ku erti kehidupan,thnks my dear past !!! terima kasih Allah kerana menemukn aku dgn si dia yg menyayangi aku sepenuh hati...love u khairul naim
View my complete profile
Powered by Blogger.

once upon a time~

get this widget here

Monday, 28 May 2012

kehidupan

Apabila kehidupan menjadi semakin sukar,apabila tempoh 24 jam sehari tidak mencukupi,ingatlah balang mayonis dan 2 cawan kopi.

seorang professor berdiri di dalam kelas filosopinya dan terdapat beberapa bnda di depannya.semasa kelas bermula,professor tersebut tanpa berkata apa-apa,mengambil sebiji balang mayonis kosong yang besar dan mengisinya dengan bola-bola golf hingga penuh.

professor bertanya kepada pelajar-pelajarnya adakah balang tersebut penuh.Pelajar-pelajarnya setuju balang tersebut telah penuh.

kemudian professor itu mengambil sekotak batu kecil dan masukkan ke dalam balang tersebut.Beliau menggoncang sedikit balang tersebut dan batu-batu kecil tersebut memenuhi ruang kosong antara bola golf.

professor bertanya kepada pelajar-pelajarnya adakah balang tersebut penuh.Pelajar-pelajarnya setuju balang tersebut telah penuh.

kemudian professor itu mengambil sekotak pasir dan tuangkan ke dalam balang.Sudah tentu pasir tersebut mengisi ruang-ruang kosong hingga penuh.sekali lagi,professor bertanya kepada pelajar-pelajarnya adakah balang tersebut telah penuh.pelajar-pelajarnya berkata 'YA'

professor itu kemudiannya membuat 2 cawan air kopi dari bawah mejanya dan menuangkan  ke dalam balang tadi.Air kopi itu memenuhi ruang kosong antara pasir.Para pelajar ketawa melihatnya.

'sekarang',kata professor itu,ketawa pelajar semakin reda,'saya mahu kamu andaikan bahawa balang ini mewakili kehidupan kamu,bola-bola golf mewakili perkara-perkara penting dalam kehidupan kamu seperti keluarga,anak-anak,kesihatan,kawan-kawan dan impian kamu iaitu perkara-perkara yang tinggal bila kamu kehilangan segala-galanya,kehidupan kamu masih penuh bererti.

batu-batu kecil adalah perkara-perkara lain seperti pekerjaan,rumah dan kereta.

pasir pula ialah perkara-perkara kecil yang remeh.

'jika kamu masukkan pasir ke dalam balang dahulu,pasti tidak dapat isi bola golf dan batu kecil,'sambungnya lagi, 'tiada ruang lagi untuk batu kecil dan bola golf.'

samalah seperti kehidupan..

jika kamu membuang masa dan tenaga kamu atas perkara-perkara remeh,menganggap awek,pakwe,hiburan yang melalaikan dan banyak lagi,kamu tidak akan ada ruang untuk perkara-perkara yang lebih penting dalan kehidupan kamu.

jadi...

tumpukan perhatian kepada perkara-perkara utama untuk kebahagian kamu,bermainlah dengan buku pelajaran,bersama adik beradik,ibu bapa..luangkan masa untuk melakukan apa sahaja yang membawa kebaikan yang layak di analogikan sebagai bola golf bukan pasir-pasir yang halus..

masa untuk berubah sentiasa ada kecuali sudah sampainya seruan dari Nya.

'ambil berat bola golf dahulu-iaitu perkara-perkara yang mustahal dalam kehidupan.sediakan ruang untuk perkara mustahak dahulu,lain-lain perkara cuma pasir sahaja'

salah seorang pelajarnya angkat tangan dan bertanyakan tentang 2 cawan kopi yang dimasukkan pada akhir sekali..

professor tersenyum..'saya gembira kamu bertanya'

'itu menunjukkan bahawa tidak kira bagaimana kelihatan penuh pun hidup kamu,sentiasa ada ruang untuk beberapa cawan kopi dengan kawan-kawan'.

Posted by ayuu _ naim at 4:30 pm
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Post Older Post Home
Clock Widgets

K.A.M.I

K.A.M.I

along & angah

along & angah

stop !!! ayouziothic traffic

 

ayuu_naim song ^^